Wednesday, June 1, 2011

Saat Ku Meminta Pada Mu~

*************************

Engkau mendengar luahanku,
ketika ku sedih.

Engkau memberi rahmat-Mu,
ketika ku gembira.

Engkau kurniakan hidayah-Mu,
ketika ku lalai.

Engkau mengampuniku,
ketika ku sujud..
bertaubat pada-Mu.

Ya Allah...aku cinta pada-Mu

Kuatkan hati ini dengan cinta,
Jernihkan jiwa ini dengan kerinduan,
Zahirkan perbuatan ini dengan ketaatan,
Bentengkan nafsu ini pada ketakutan..
pada Mu, ya Ilahi.

Teguhkanlah iman ku,
Bimbinglah ilmu ku,
Mudahkan lah urusanku..
dalam menghadapi ujian-Mu,ya Allah.
Tiada daya upaya melainkan
dengan izin-Mu

Bukakanlah hijab yang menghalangi,
dalam mengenali..makrifah pada Mu, ya Allah.

Agar diri ini..
mencapai derajat taqwa,
cinta dari Mu..

Oleh Mu,diri mendengar..
Oleh Mu,diri melihat..
Oleh Mu,diri bicara..
Oleh Mu,diri marah..
Oleh Mu,diri melangkah..

Supaya wajah ini dapat menghadap..
Wajah redha Mu..
Tuhan bagi segala keindahan.
Segala puji bagi-Mu,ya Allah.

Harumkan lah cinta ini mewangi,
di sepanjang kehidupan fana ku.

Aku rindu..aku mengharap..
pertemuan dengan Mu,
..bersama dengan keredhaan Mu.

**************************************


----------------------------------------------------

Ya Ilahi Rabbi..
sejenak dalam kesedihan,
dalam linangan air mata,
Sesaat
daku terkesima..

akan anugerah Mu
yg tidak pernah putus

Ya Ilahi Rabbi..
betapa hikmahnya
setiap ujian Mu
mendorongku menjadi
lebih mengenal Mu

Ya Ilahi Rabbi..
ibadahku
hidupku
dan matiku
hanya untuk Mu

Ya Ilahi Rabbi
terima lah sembah sujud ku
dalam menuju
ribaan redha Mu

-----------------------------------------------------

***********************************

Saudaraku
Cegahlah nafsu dari berbagai syahwat
dari berbagai kelazatan dunia

Berilah makanan pada nafsu
makanan yang jelas halal
makanan yang tidak najis

supaya nafsu
tidak congkak
tidak sombong
dan tidak berbuat jahat

Bertaubatlah
dengan hati yang penuh ikhlas
supaya iman mu bersih
supaya keyakinan mu kuat
supaya tauhid mu tersebar luas
dan cabang2 nya meninggi ke Arasy

Tanggalkan jubah dunia mu..
Sarungkan pakaian akhirat mu..

melalui perca dunia mu
tampal koyakan akhirat mu
sehingga pakaian akhirat mu
megah dipakai pada duniamu
utuh disarung dan dimulia
dalam jiwa yang ikhlas

Taqwa akan Allah itulah kebahagiaan

taqwa pada muhasabah
sebati mana kehendak mu
mengikuti kehendak agama yang haq
berlandas sunnah Rasul SAW

Di mana kah kita
berjaya atau gagal
mukmin atau nifak
mukhlis atau dusta

berbahagialah..
pada jiwa yang taat
pada jiwa yang sabar
pada jiwa yang khauf
pada jiwa yang ikhlas
pada Mu ~ ya Ilahi Rabbi

Taqwa itu terlihat pada kehidupan

Duhai hati yang kotor
Duhai telinga yang tuli
Duhai mata yang buta
Kenalilah Allah

**************************************


-----------------------------------------------

aku mendambakan
jiwa yang terbongkar
yg meluah ulat2 dengki
yg membuang nanah2 rohani

agar dgn jiwa itu
menjd bersih nurani ku
utk kuserap cahayaNya
melihat keindahanNYa
menyingkap tabir makrifatNya

dan dgn jiwa itu
dpt ku alirkan airmata
dgn seikhlasnya
hingga memadamkan
panasnya api neraka.

---------------------------------------------


********************************

Ar Rahman
memberi cinta yg tulus
ke sekelian hamba Nya

Lihat anak yg bertatih
Lihat ibu yg tersenyum
Lihat adik yang tertidur

apakah rasa
yang mengukir bahagia?

mengapa harus
menyimpang dari
jalan bahagia Nya?

mengapa harus merumitkan
cinta yang tulus itu?

Duhai...
sungguh tidak ku ingin
senyum berbunga ku
dari terhalang

duhai apapun
pergilah jauh
dari mencantas
bahagia..
kurniaan Tuhan ku.

Bisikan Nurani Cinta DariNya….

Bisikan Nurani Cinta DariNya….
Bismillahirrahmanirrahim…..
Ya Allah jika aku jatuh cinta…
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambahlah kekuatan untuk mencintaiMu Ya Muhaimin

Jika ak jatuh hati
Izinkanlah hati aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling pada hatiMu

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu YaAllah…..
Jika aku jatuh hati pada kekeasiMu, jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…
Ya Allah jika engkau mengahalalkan ku merindui kekasihMu, janganlah biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan ku kpd cinta hakiki dan rindu abadi hanya padaMu….
Aminnnnn….

Bisikan Nurani Cinta DariNya….

Bisikan Nurani Cinta DariNya….
Bismillahirrahmanirrahim…..
Ya Allah jika aku jatuh cinta…
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambahlah kekuatan untuk mencintaiMu Ya Muhaimin

Jika ak jatuh hati
Izinkanlah hati aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling pada hatiMu

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu YaAllah…..
Jika aku jatuh hati pada kekeasiMu, jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…
Ya Allah jika engkau mengahalalkan ku merindui kekasihMu, janganlah biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan ku kpd cinta hakiki dan rindu abadi hanya padaMu….
Aminnnnn….

Mampukah aku?

Mampukah aku???

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah? Agung
Cintanya kepada Allah dan Rasulullah, hartanya diperjuangkan
Ke jalan fisabilillah, penawar hati kekasih Allah, susah dan senang rela bersama…

Dapatkanku didik jiwa seperti Sayidatina Aisyah? Isteri Rasulullah
Yang bijak, pendorong keksusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku melihat pengorbanan Puteri solehah
Sayidatina Siti Fatima, akur dalam setiap perintah dan taat dengan abuyanya
Yang sentiasa berjuang, tiada memiliki harta dunia, layaklah dia sebagai
Wanita penghulu syurga..
Ketika aku marah, inginku intip serpihan sabar, dari catatan hidup Siti Sarah..

Tabah jiwaku, setabah umi Nabi Ismail, menggendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga, di tengah-tengah terik padang pasir merah,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah, pengharapannya hanya
Pada Allah, itulah wanita agung yang bernama Siti Hajar

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman, bersinar harum tersebar, bagai wanginya pusara Masyitah...

Mampukah aku menjadi wanita solehah yang sentiasa menjaga hatinya,
akhlaknya hanya buat si dia yang layak memiliki cintaku selepas cintaku kepadaMu dan RasulMU...

Mampukah aku?
Ya Rabbul Izzati andai aku jatuh cinta, jatuhkanlah ia pada si dia yang melabuhkan cintanya kepadamu
dan RasulMu...

Ya Rabbana, andai aku dicintai, janganlah engkau campakkan rasa cintanya hanya kerana kecantikan
yang ada padaku,jawatan yang ada padaku atau segala kelebihan yang engkau kurniakan padaku kerana
aku takut ya Allah, cintanya padaku itu hanya kerana nafsunya semata...

Peliharah hatiku ya Allah daripada cinta yang penuh tipu daya semata.
Maka ya Allah, hanya padaMu tempatku mengadu dan hanya kepadaMu tempatku meminta...

Allahumma Ameen3x Ya Rabbal ‘Alamin~

::Wardah Ad-Deen::

ps: diedit daripada kata-kata yang dimuatkan di dalam sebuah gambar. Didedikasikan buat sahabat-sahabat yang bergelar wanita. Peliharalah diri kita dengan sebaik-baiknya~ Wallahu'alam

KENAPA AKU DIUJI??????

KNP AKU DIUJI?....
Apakah mnusia itu mengira bhawa mreka dibiarkan sesuka hati mngatakan:”Kami tlah briman”, sdgkan mreka tidak lg diuji? Dan ssungguhnya, Kami tlah mnguji org2 sbelum kamu, maka yakinlah hati. Allah mengetahui sape org2 yg bnar dan ssungguhnya Dia juga mngetahui sape org2 yg dusta...
RSA KCEWA?...
Wahai sang hati. Jgnlah kmu bsikap lemah, dan jgnlah pula kau brsedih dgn sume yg mnimpamu, sdarlah bhawa tuanmu adalah org yg tggi darjatnya, jika dia tgolong dlm klangan org2 yg beriman. InsyaAllah.....
KNP UJIAN SBERAT INI?....
Wahai hati.. Pcayalah, Allah x kan mmbebani sseorg hambaNya dgn sesuka hati mlainkan ia ssuai dgn ksanggupannya....
Bagaimana mreka yg trtekan lalu mmbunuh diri sdgkn tlah dikatakan Allah x kan mmbebani sseorg dgn ssuatu yg bkn dlm ksanggupannya? Igtlah bhawa itu trjadi disebabkn kurgnya iman dan pkara itu dilakukan tnpa dipertimbangkan mlalui pmikiran yg waras...
KNP AKU X DPT APA YG AKU IDAMKAN?....
Hati.. Mgkinkah kau mmbenci ssuatu? Pdahal apa yg kau bnci itu amat baik bgimu. Adakah kau mnyukai ssuatu? Mungkin apa yg kau suka itu adalah amat buruk bgimu.. Yakinlah hati, Allah mngetahui sgala apa yg kau tidak ketahui. Ssungguhnya Allah itu Maha Mengetahui wahai hati.......
BGAIMANAKAH AKU HRUS HDAPINYA?...
Wahai hati, brsabarlah kau dan kuatknlah ksabaranmu tnpa btasannya, dan bertaqwalah kpd Allah agar kau rebah dlm kredhaanNya.
Justeru, jdikanlah sbar serta solat sbgai temanmu. Smoga kau ttap utuh diatas sgalanya yg tlah Dia tkdirkn....
APA YG AKU PEROLEH DRI SEMUA INI?...
Hati... Pcayalah, dri smua ini akn kau peroleh ktenangan jika kau tahu apa erti yg trsirat. Yakinlah, Allah sntiasa mguji makhluknya ats dasar Dia ingt akan kmu. Dan trimalah juga jika ia berlaku ats dasar ksilapan kmu sbelum ini trhadapNya.Wallahualam....
KPD SIAPA SELAYAKNYA AKU BRHARAP?.....
Ohh hati... Ckuplah Allah bgiku, tidak ada Allah yakni Tuhan selain Dia, xlupa juga kdua ibu bapaku, sahabat dan teman2. Ssungguhnya hati, hnya kpadaNya aku brtawakal dan kpadaNya jua aku berserah. Smoga kau mgerti apa yg cuba aku smpikn....
SEANDAINYA AKU X DPT BRTAHAN LGI!!!!!
Hati.... Ku mohon jgnlah kau brputus asa dgn ujian Allah ini. Bangkitlah hati, aku mohon aku rayu aku bharap padamu. Ssungguhnya xkan ada brputus asa dari ujian Allah ini, melainkan bg kaum2 yg kafir.....