Tuesday, April 5, 2011

YA ALLAH AMPUNI KU......... =(

~ulcer n pedih perut~ huhu
Ya ALLAH...sakit nyer... kata-kata itu meniti dibibir ku...dalam hati aku berdoa moge ALLAH meringankan kesakitan yg aku alami...Ya ALLAH.. aku redha kerana penyakit yg menimpa ku ini..adalah kifarah penghapus dosa-dosa ku..juge tanda kasih sayangMu, aku terasa pening d sbbkn ksktn ulcer yg ad d mulutku... tak pnye selera tuk mkn..t'pamer riak kerisauan seorg ibu... menurut ibu,ulcer yg sering berada di mlt adlh tanda2 ad mslh d perut...kesakitan dalam bilik, sambil namaNya merdu meniti dibibir.....sgt syahdu sebenarnya perasaan nikmat indah ketika sakit dapat ku rasa..ALLAH x dpt aku nak gambarkan...erm..xpe la..mungkin, akula hamba yg ALLAH yang dipilih utk merasai nikmat ujianNya....ak redha... sesungguhnya ini lah tanda kasih sayang MU utk ku...

YA ALLAH hambaMU redha sekiranya kesakitan yang ku rasai dpt mengurangkan dosa-dosa ku sblm ini t'hadap MU.. Ampuni hamba Mu YA ALLAH, sekiranya ak ad mengeluh kerana kesakitan ini... ampuni ak ya ALLAH.... ampuni ku..... ampuni ku... =(


Sabda Rasulullah saw:
“Barangsiapa yang memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan membebaskannya dari kesedihan, dan memberi jalan keluar bagi kesempitannya dan akan memberi brezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.” HR Abu Daud


“Dijadikan mati dan hidup kepada kamu untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya.”
(Surah al-Mulk: 3)


“Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)

No comments:

Post a Comment